Ulangkaji Ekelas Maxis (Kelas Khas Untuk Persediaan Exam Pt3)

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2019 (Jumaat) telah berlangsungnya ulangkaji ekelas maxis iaitu kelas khas untuk persediaan exam pt3 yang mana kelas berikut dikhususkan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja. eKelas pada kali ini menggabungkan sesi yang sama untuk tingkatan 1 hingga 3. Pelajar perlu menggunakan learning port yang mana password untuk mengkases akan diberikan oleh pengurus atau penolong pengurus.

Pelajar juga diberi peluang untuk bertanya kepada guru secara digital tentang soalan exam. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Yan Kechil, selama 3 jam bermula dari 3.00 petang hingga 6 petang ini dihadiri oleh 4 orang pelajar tingkatan 1 hingga 3. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali